Assalamualaikum sahabat syurga saya sekalian,
Saya dah buat live sebelum ni berkaitan planning selama sejam di Facebook Page saya, boleh klik sini untuk tengok Live saya
Jika dah lihat, tuan/puan pasti faham macam mana nak buat planning 10 tahun, 5 tahun dan 1 tahun kan?
Tapi kali ni, saya akan kupas lebih lanjut lagi dengan lebih details. InsyaALLAH!
Kenapa perlu ada planning hidup?
Supaya kita akan terus keep going dan move forward untuk capai apa yang kita dah plan.
Tanpa plan, ibarat kita sedang planning untuk gagal.
Saya sendiri dah 3 kali saya update plan supaya lagi clear dan lagi besar objektif kenapa saya hidup di dunia ni.
Contoh, first saya buat planning hidup adalah masa saya start kerja di Telekom Malaysia pada tahun 2011.
Planning Hidup 1.0
Saya plan nak berhenti kerja umur 40 tahun dan income RM10K passive sebulan.
Lepas saya dah kahwin dan mulai bisnes, saya upgrade planning hidup saya.
Planning Hidup 2.0
Saya plan nak berhenti kerja umur 35 tahun dan income RM20K passive sebulan.
Tetapi alhamdulillah saya berhenti masa saya umur 29 tahun.
Berhenti 24 hour notice pada : 3 Jan 2018
Birthday saya : 6 Jan 2018 – Umur 29 tahun!
Dan income saya masa tu adalah RM50K-RM100K passive sebulan!
Lepas tu saya upgrade lagi planning hidup saya kepada 3.0
Planning Hidup 3.0
Saya nak Financial Freedom, Time Freedom dan Location Freedom masa umur saya 34 tahun!
Siap saya buat besar-besar lagi wallpaper nak reward diri sendiri Lamboghini exactly masa birthday saya yang ke 34 tahun!
Jadi cuba fikir balik,
reverse back time masa saya mula-mula kerja TM pada tahun 2011.
Jika saya tak buat planning, adakah saya akan dapat hadiahkan diri saya Lamboghini?
Tuan/Puan boleh fikir sendiri
So kat sini saya nak beritahu yang planning ni sangat penting kerana, dengan adanya planning lah,
kita akan push diri kita sampai pecah limit kita!
Jika tak ada planning, kita masih sama dengan kawan-kawan kita yang lain!
Tak sabar nak belajar buat planning?
Jomm kita belajar!
1. Sediakan kertas A4 dan buatkan jadi landscape.
2. Buat satu garisan panjang dengan 3 bulatan. Contoh :
3. Letak title di atas setiap bulatan tu. Sekarang, 5 tahun dan 10 tahun. Juga beserta dengan tahun 2019, 2024 dan 2029.
4. First buat dulu yang 10 tahun. Tulis bila nak start berhenti kerja focus 100% bisnes. Paling baik tulis details dengan tarikh dan masa.
Boleh juga tulis bila nak tunaikan haji bersama family, paling bagus details lagi. Contoh, Tunaikan haji dengan family (diri sendiri, wife dan anak 3 orang) pada 3 Mac 2029.
Tulis untuk rumah pula. Details lagi bagus. Banglo 3 tingkat ada swimming pool di atas bumbung, ada 3 orang bibik dan sorang driver.
Tulis untuk kereta dan juga passive income. Make sure semua details. Di bawah ni hanyalah contoh dan tulisan make sure cantik, jangan ikut orang bawah ni. Malu bossku.
5. Dah siap tulis untuk 10 tahun, baru la kita tulis untuk 5 tahun lak. Make sure 5 tahun adalah separuh dari apa yang kita nak dapat untuk 10 tahun.
6. Last sekali, tulis untuk tahun ni.
Pecahkan kepada 3 group. Kalau masa tulis ni awal tahun, boleh pecah kepada 4 group.
Group 1 – Mac – Mei
Tulis apa yang archive untuk bulan ni.
Berapa nak sedekah dan berapa nk income sebulan
Lepas tu buat untuk bulan seterusnya sampailah bulan 12. Make sure specifik!
7. Sign diri sendiri dan saksi (sebaiknye pasangan hidup) dan tulis apa yang sedang berlaku sekarang. Contohnya, tengah pakai baju tidur dan seumpanya. Ni just untuk buat kite tersengih sendirian pabila setahun, 2 tahun berlalu dan kita dah dapat apa yang kita plan kan! InsyaALLAH jika ALLAH izin!
8. Ni la gambaran secara full. (Maafkan tulisan buruk, programmer biaselah :P)
9. Dah siap semua sekali. Cuba renung dan tanam azam kuat-kuat supaya nak tunaikan janji dengan diri sendiri supaya dapat achieve ape yang di hajati!
10. InsyaALLAH selalunye Allah akan kasi cepat dari apa yang kita plan. Contoh saya sendiri plan umur 40 berhenti kerje, tapi umur 29 dah berhenti!
Jadi pabila kita buat macam ni, kita akan rasa ade tanggungjawab dengan janji kita tu. Dan kita nak kejar betul-betul supaya dapat capai kesenangan dengan cepat!
Ingat, apabila buat plan ni, kita kena jadi Penjemput Rezeki, bukan Pencari Rezeki!
Ape beza dua tu?
Tunggu esok, saya akan blast emel tentang Penjemput Rezeki VS Pencari Rezeki!
Esok juga saya akan umumkan perasmian akademi saya sendiri di Facebook Page LIVE pada pukul 8 pagi. InsyaALLAH doakan saya!
Sehingga berjumpa lagi!